/*

persembahan untuk shbt 21 « putera06
SELAMAT DATANG SALAM BAHAGIA
Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Moga esok lebih baik daripada hari ini..
MOGA KITA SEMUA BERADA DI DALAM RAHMAT ALLAH HENDAKNYA..AMIN
mailme: putera_7980@yahoo.com








Sejernih embun pagi, Sebersih dirimu, Tanpa dicemari walaupun sebutir debu, Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya, Iringan doaku moga kau bahagia.


www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Salam rahmat Allah ke atasmu selalu.amin



Akan ku bimbingmu, Sekadar yang ku termampu, Menyemai iman dan menuai takwa, Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta, Cukuplah sekadar teman yang biasa. amin.


SALAM INGATAN SELALU
MOGA TENTERAM DAN TENANG SELALU....amin




MASA IBARAT PEDANG YANG MEMANCUNG



"Setialah kita menuntut ilmu sebagaimana setianya batu karang menunggu ombak yang mendatang."

putera_7980@yahoo.com

Mutiara Kata







RADIO IKIM This browser appears to be unable to display clips inline the player.<br /><a href="mms://cyberstream.mmu.edu.my/ikimfm">&gt;Play the clip in Windows Media Player</a>

" Jika anda ingin mendengar LAGU INTRO sila close RADIO IKIM dan begitulah sebaliknya!
Moga selamat dan gembira bersimpuh di sini ya...! amin.






Teman...
lewat meneliti garisan hidupmu,
bahagiamu...ketenanganku,
keresahanmu...kebimbanganku
keceriaanmu ...harapanku,
kesejahteraanmu...doaku.
moga...tenang dan tabah selalu.



   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



Ya..di celah nikmat dunia ini..
dalam meneliti bebunga keinsafan..
barang siapa yang memperbaiki batinnya
maka Allah akan memperbaiki lahirnya,
barang siapa Allah tujuannya,
maka dunia akan melayaninya,
sesungguhnya janji Allah benar belaka...


Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa


Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka


Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria


Mengapa didamba,
teman seistimewa Khadijah,
jika diri tak sesempurna Muhammad...
tak perlu mencari teman secantik Balkis
jika diri tak seindah Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaika,
masihkah kau bermimpi wahai hati?



KAU SAHABATKU SAYANG...KAU TETAPKU KENANG...
Teman...

ingin selalu ku di rendang kasihmu,
memilih mutiara bertabur berkilau menghibur,
kau katakan padaku tika itu,
mencari kawan umpama buih di lautan,
tetapi mencari sahabat sejati
umpama mutiara di dasar lautan,
sahabat kekasih tiada beza sama saja,
jika tidak diukur dengan keikhlasan perhubungan.
mengharap semua mimpi jadi kenyataan,
tetapi masih aku tercari-cari siapakah gerangan.




Teman...
telah ku rasa nyamannya bayu di sini,
siapakah kamu insan baik hati menemani
kau katakan padaku tika itu,
masa mendatang tidak kita ketahui,
agar keajaiban insyaallah akan terjadi
memori menjadi reality blog menjadi satu
ingat keajaiban akan berlaku,
sekiranya dah lama berkubur,
tetapi keyakinan dan doa keajaiban menyusur
ketentuan Allah jua keajaiban yang telah diatur.




OH CINTAKU....

Oh Cintaku...!
takku mengerti definisinya,
sukar ku tahu maknanya,
cuma ku tahu rasanya,
indah dan mengasyikkan,
mewangi segenap rongga jiwa,
bahagia ku di rendang kasih sayang.




Oh cintaku...!
datangmu tanpa ku undang,
pergimu tanpa ku buang,
teman penghibur menenangkan,
syukurku kepada mu wahai Tuhan,
meski kehadiranmu ku tak kesampaian.
kau cinta yang masih ku kenang.




Oh Cintaku...!
kau yang satu berpadu rindu
walau hanya mengenali nama,
walau rupamu telah lama tiada,
namun masih segar dalam memoriku,
sekali sekala kau datang mengunjungi,
membuka kembali kuntuman mesra rindu ini.




Oh cintaku...!
meski mereka datang seribu,
menghantar cinta yang baru pada ku,
namun aku memilih cintamu,
masih ku kenangi ku ingati kasihmu,
hadirlah ..senyumlah...wahai cintaku,
kau menghantarku keceriaan dan kebahagiaan itu.




Entah mengapa...
aku masih di persisiran ini,
menghitung memori satu persatu,
tanpa ku sedar,
masa berlalu dengan laju,
tanpa memaling memandangku.




Entah mengapa..
aku seolah-olah merasakan,
engkau telah pergi,
kupu-kupu emasku telah terbang lagi,
membawa salam semalam,
yang penuh madu dan rindu.




Entah mengapa...
aku tidak menyedari,
rupanya engkau singgah sebentar
sekadar menyapa dan berpesan,
menghantar sebungkus rindu,
yang masih berbalut padu.


SALAM SAYANG DI ANGIN..LALU
MESKIPUN TELAH BERLALU NAMUN
MASIHKU MERINDU...



wasalamualaikum wm wb.


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, March 03, 2006
persembahan untuk shbt 21

WAHAI DIRI SEORANG AKU...

Wahai diri..
di jalanan berliku aku terkeliru..
orang lain ku sangka kamu.
dibuai indah sekejap lena,
terpaku kaku, terbuntu terbelenggu..
syukurku Allah membantu
mengurai segala mehnah itu..

Wahai diri ...!
di persimpangan sunyi
dalam sepi sendiri mencari kamu,
hiba, resah, gelisah sering mendakapi.
semakin penat..kurang waras
mencari akal buat bekalan
mendaki keredhaan dan ketakwaan.

Wahai diri...!
pabila melangkah sendiri,
tertoleh juga ku ke kanan kiri,
berwaspada ku berhati-hati,
namun tergelincir ditusuk duri,
kaki tersangkut gementar sendiri,
tangan berdosa mengoyak syariat Ilahi,

Wahai diri..!
pabila penat singgahlah aku
di rendang kasih sayangmu,
indahnya di sini dibuai mimpi selalu,
kita membuka bungkusan rindu,
sayunya bisikan luka hatimu,
tersedar..betapa berdosanya aku.

Oh diriku...dirimu,
tulus ikhlas ruhi ini..jasad ini,
memohon belas dan kemaafan,
terlanjur memasuki kamar hatimu,
mencuri sekeping hati lukamu,
ku simpan di situ tanpa tahumu,
abadi ia disudut hatiku...

amin..

Buat sahabat yang tidak  sengaja kita berjumpa... buat sahabat yang telah ku curi hatinya...dan tidak ku pulangkan ia..maafkan...aku bersalah..kerana membuatkan kau terharu dan nestapa...aku jua merasakannya...sesungguhnya Allah punya khazanah kasih sayang...lalu telah tumpah kasih sayang itu pada kita...dan ia..telah lama melekat di hati kita..benarkah...jika ya...terimalah ia sebagai ujian Allah Taala..amin.


Posted at 05:02 pm by aman06

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home