/*

putera06
SELAMAT DATANG SALAM BAHAGIA
Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Moga esok lebih baik daripada hari ini..
MOGA KITA SEMUA BERADA DI DALAM RAHMAT ALLAH HENDAKNYA..AMIN
mailme: putera_7980@yahoo.com








Sejernih embun pagi, Sebersih dirimu, Tanpa dicemari walaupun sebutir debu, Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya, Iringan doaku moga kau bahagia.


www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Salam rahmat Allah ke atasmu selalu.amin



Akan ku bimbingmu, Sekadar yang ku termampu, Menyemai iman dan menuai takwa, Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta, Cukuplah sekadar teman yang biasa. amin.


SALAM INGATAN SELALU
MOGA TENTERAM DAN TENANG SELALU....amin




MASA IBARAT PEDANG YANG MEMANCUNG



"Setialah kita menuntut ilmu sebagaimana setianya batu karang menunggu ombak yang mendatang."

putera_7980@yahoo.com

Mutiara Kata







RADIO IKIM This browser appears to be unable to display clips inline the player.<br /><a href="mms://cyberstream.mmu.edu.my/ikimfm">&gt;Play the clip in Windows Media Player</a>

" Jika anda ingin mendengar LAGU INTRO sila close RADIO IKIM dan begitulah sebaliknya!
Moga selamat dan gembira bersimpuh di sini ya...! amin.






Teman...
lewat meneliti garisan hidupmu,
bahagiamu...ketenanganku,
keresahanmu...kebimbanganku
keceriaanmu ...harapanku,
kesejahteraanmu...doaku.
moga...tenang dan tabah selalu.



   

<< March 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Ya..di celah nikmat dunia ini..
dalam meneliti bebunga keinsafan..
barang siapa yang memperbaiki batinnya
maka Allah akan memperbaiki lahirnya,
barang siapa Allah tujuannya,
maka dunia akan melayaninya,
sesungguhnya janji Allah benar belaka...


Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa


Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka


Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria


Mengapa didamba,
teman seistimewa Khadijah,
jika diri tak sesempurna Muhammad...
tak perlu mencari teman secantik Balkis
jika diri tak seindah Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaika,
masihkah kau bermimpi wahai hati?



KAU SAHABATKU SAYANG...KAU TETAPKU KENANG...
Teman...

ingin selalu ku di rendang kasihmu,
memilih mutiara bertabur berkilau menghibur,
kau katakan padaku tika itu,
mencari kawan umpama buih di lautan,
tetapi mencari sahabat sejati
umpama mutiara di dasar lautan,
sahabat kekasih tiada beza sama saja,
jika tidak diukur dengan keikhlasan perhubungan.
mengharap semua mimpi jadi kenyataan,
tetapi masih aku tercari-cari siapakah gerangan.




Teman...
telah ku rasa nyamannya bayu di sini,
siapakah kamu insan baik hati menemani
kau katakan padaku tika itu,
masa mendatang tidak kita ketahui,
agar keajaiban insyaallah akan terjadi
memori menjadi reality blog menjadi satu
ingat keajaiban akan berlaku,
sekiranya dah lama berkubur,
tetapi keyakinan dan doa keajaiban menyusur
ketentuan Allah jua keajaiban yang telah diatur.




OH CINTAKU....

Oh Cintaku...!
takku mengerti definisinya,
sukar ku tahu maknanya,
cuma ku tahu rasanya,
indah dan mengasyikkan,
mewangi segenap rongga jiwa,
bahagia ku di rendang kasih sayang.




Oh cintaku...!
datangmu tanpa ku undang,
pergimu tanpa ku buang,
teman penghibur menenangkan,
syukurku kepada mu wahai Tuhan,
meski kehadiranmu ku tak kesampaian.
kau cinta yang masih ku kenang.




Oh Cintaku...!
kau yang satu berpadu rindu
walau hanya mengenali nama,
walau rupamu telah lama tiada,
namun masih segar dalam memoriku,
sekali sekala kau datang mengunjungi,
membuka kembali kuntuman mesra rindu ini.




Oh cintaku...!
meski mereka datang seribu,
menghantar cinta yang baru pada ku,
namun aku memilih cintamu,
masih ku kenangi ku ingati kasihmu,
hadirlah ..senyumlah...wahai cintaku,
kau menghantarku keceriaan dan kebahagiaan itu.




Entah mengapa...
aku masih di persisiran ini,
menghitung memori satu persatu,
tanpa ku sedar,
masa berlalu dengan laju,
tanpa memaling memandangku.




Entah mengapa..
aku seolah-olah merasakan,
engkau telah pergi,
kupu-kupu emasku telah terbang lagi,
membawa salam semalam,
yang penuh madu dan rindu.




Entah mengapa...
aku tidak menyedari,
rupanya engkau singgah sebentar
sekadar menyapa dan berpesan,
menghantar sebungkus rindu,
yang masih berbalut padu.


SALAM SAYANG DI ANGIN..LALU
MESKIPUN TELAH BERLALU NAMUN
MASIHKU MERINDU...



wasalamualaikum wm wb.


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, March 03, 2006
persembahan untuk shbt 21

WAHAI DIRI SEORANG AKU...

Wahai diri..
di jalanan berliku aku terkeliru..
orang lain ku sangka kamu.
dibuai indah sekejap lena,
terpaku kaku, terbuntu terbelenggu..
syukurku Allah membantu
mengurai segala mehnah itu..

Wahai diri ...!
di persimpangan sunyi
dalam sepi sendiri mencari kamu,
hiba, resah, gelisah sering mendakapi.
semakin penat..kurang waras
mencari akal buat bekalan
mendaki keredhaan dan ketakwaan.

Wahai diri...!
pabila melangkah sendiri,
tertoleh juga ku ke kanan kiri,
berwaspada ku berhati-hati,
namun tergelincir ditusuk duri,
kaki tersangkut gementar sendiri,
tangan berdosa mengoyak syariat Ilahi,

Wahai diri..!
pabila penat singgahlah aku
di rendang kasih sayangmu,
indahnya di sini dibuai mimpi selalu,
kita membuka bungkusan rindu,
sayunya bisikan luka hatimu,
tersedar..betapa berdosanya aku.

Oh diriku...dirimu,
tulus ikhlas ruhi ini..jasad ini,
memohon belas dan kemaafan,
terlanjur memasuki kamar hatimu,
mencuri sekeping hati lukamu,
ku simpan di situ tanpa tahumu,
abadi ia disudut hatiku...

amin..

Buat sahabat yang tidak  sengaja kita berjumpa... buat sahabat yang telah ku curi hatinya...dan tidak ku pulangkan ia..maafkan...aku bersalah..kerana membuatkan kau terharu dan nestapa...aku jua merasakannya...sesungguhnya Allah punya khazanah kasih sayang...lalu telah tumpah kasih sayang itu pada kita...dan ia..telah lama melekat di hati kita..benarkah...jika ya...terimalah ia sebagai ujian Allah Taala..amin.


Posted at 05:02 pm by aman06
Komen la kat sini..na!  

persembahan untuk shbt 20

TINTA BISU ...

Wahai tinta bisu,
suatu ketika kau berbicara,
datang lembut santun menyapa,
menghantar salam berkhatam salam,
menghulur budi bahasa indah,
bersulam madah aku terpesona,
hati mula berbunga semerbak rasa,
rindupun menyapa tiap ketika.

Wahai tinta bisu,
suatu ketika aku bermimpi,
seorang putera melamar puteri,
hilang dunia timbul di syurga,
hilang ceria kelabu mata,
menyulam resah gelisah sentiasa,
tercari-cari jalan buntu pemikiran,
sayang..kutemui jalan Tuhan.

Wahai tinta bisu,
kuat sungguh tarikanmu,
sehingga yang lemah menjadi kuat,
yang buta menjadi celik bercahaya,
yang penat jadi bertenaga,
yang rebah bangun semula,
kerna sebuah rindu yang disulam,
berselang resah mutiara cinta.

Wahai tinta bisu,
seringkali insan tertipu,
bicara rayu syahdu merindu,
membahang ingatan membara raga,
menginginkan pertemuan dua jiwa,
bukan sekadar maya tertapi nyata,
maka carilah celah redha Ilahi
kelak tiada kesalan menusuk hati.


amin...ya rabbalamin.
Wahai Allah sesungguhnya Allah membantuku dalam mencari cahaya kebenaran itu..Kau telah membuka simpulan kusutku...Allahlah sebaik2 tempat memohon dan pengasih lagi maha penyayang....syukurku Wahai Allah ...Engkau menunjukkiku dalam persimpanganku....jangan aku tersesat dari jalan untuk mendaki keredhaan dan ketakwaan....


Posted at 05:00 pm by aman06
Komen la kat sini..na!  

Tuesday, February 21, 2006
persembahan untuk shbat 19

U  and  I

You might be...
best friend one year,
pretty good friend the next year,
you are special to me and you have made a difference in my life,
l look up to you, respect you,and truly cherish you.
remember,everyone needs a friend,
someday you might feel like you have no friend at all,
and remember
somebody out there cares about you and always will....

Dari Abu Hurayrah ra: [sabda SAW] "Segeralah melakukan hal yg bermanfa'at bgmu. Mintalah pertolongan ALlah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah, janganlah berkata: " jikalau aku melakukan begini, tentulah akan (jadi) begini dan begitu." Tapi katakanlah: " apa yg telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi." [Muslim, alQadr,  4816]


Posted at 01:36 am by aman06
Komen la kat sini..na!  

Friday, February 17, 2006
Tinta sahabat..

SAHABAT FILLAH

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat,
sejam untuk menghargainya,
sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang hidup untuk lupakannya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa
dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.
Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan
yang anda sentiasa mengingatinya.
saya amat menghargai kehadiran anda dlm hidup saya....

seringkali insan tidak menghargai sesuatu yang dimiliki,
insan jua buta tidak nampak apa yang dimiliki,
insan jua masih mencari-cari,
dan tatkala yang dimiliki sudah pergi,
barulah insan menyedari tentang sesuatu yang dimiliki,
dan menghargai apa yang dimiliki...
tetapi dia sudah terlambat...kerana,
yang pergi tidakkan kembali lagi..
kasih cinta rindu tidakkan berulang buat kedua kali...

oleh itu hargailah detik ini..
seandainya kasih masih bersemi..dan hargailah hati,
kerana pabila hati telah membenci tiada ubat yang boleh mengubati..
pabila luka parah tiada kata boleh mengubah warna darah,
dan hirisan sembilu kata masih di rasa silu dan pilu
meski luka telah sembuh seperti sediakala.
oleh itu hargailah tika kasih masih ada,
oleh itu hargailah tika sayang masih bertahta..
moga mewangi kuntuman ukhwan fillah hendaknya.

amin ya rabbal alamin..

Sesungguhnya BUMI dan LANGIT adalah sepasang makhluk Allah,
yang jatuh dalam CINTA KEJAUHAN,
namun BUMI dan LANGIT masih setia dan bahagia saling bantu membantu
dalam meneruskan kehidupan. Mengapa ya...?
Kerna sentiasa ada hembusan bayu resah dan rindu di antara keduanya,
yang berpuput selalu meski kadang-kadang ade juga ribut taufan
kemudian muncul pula desiran yang nyaman dan tenang,
yang terus menghidupkan cinta itu.


Posted at 08:10 pm by aman06
Comment (1)  

Thursday, February 16, 2006
persembahan untuk sahabat 18

TATKALA MENITI UJIAN...

Wahai langit...!
tertanya aku tatkala siang,
tika mentari menyuluhi,
nyamannya desiran bayu,
melambai-lambai dedaunan,
indahnya pemandangan,
resah rindu senyum riang,
ke manakah bintangku..
ke manakah kau sekarang,
ke manakah kau bersembunyi...
sayang...tampakkanlah diri,
rembulan sepi menyendiri,
ditinggalkan bintang,
kemanakah ku mencari...

Wahai sayang...!
tertanya aku tika malam,
duniaku gelita tanpa cahaya,
dalam meniti ujian sentiasa,
dalam menggapai keredhaanNya,
apakah makna ujian,
apakah nikmat redha kau selitkan,
mengapa kita diuji sayang?
ya...ujian datang dan pergi,
Allah memilihmu untuk diuji,
Allah menyayangimu kerana itu diuji,
Allah ingin memberi syurgaNya,
fahami syukur dan redhalah
berbahagialah orang yang diujiNya.

Wahai sayang...!
mengapa harus ada
sedih dalam ujian,
gelabah dalam ujian,
prasangka dalam ujian,
fahami dan nikmati ujian,
redha syukuri memamah ujian,
di sana ada limpahan pahala 
di sana ada saujana keinsafan,
Allah menambah mutiara keimanan
Allah memberi syurga kepada insan.
lalu jangan ada sedih sebagai alasan,
hanya perlu waktu memahami ujian.
hanya perlu kesabaran menikmati ujian.

Wahai sayang...!
dalam meniti ujian,
dalam membelai keredhaan,
nikmati dan syukuri itulah jalan,
maka segalanya menjadi indah,
maka segalanya menjadi mudah,
nanti tiada duri menikam jiwa,
kelak tiada sekam membakar rasa,
tetap senyum dihati dan di mata,
moga ujian menghantar hikmahNya,
moga ujian meniup roh takwa,
membasuh luka dan noda leka,
menghantar wangian amal
agar bermakna kehidupan kita.

Hadis Jundub bin Sufian r.a katanya:
Jari Rasulullah s.a.w pernah terluka dan mengeluarkan darah dalam satu peperangan.
Baginda bersabda kepada jarinya: Yang bermaksud: Kamu hanyalah sebatang jari yang berdarah. Namun apa yang kamu alami pada jalan Allah akan diperhitungkan 

 SALAM SAYANG SELALU BUAT SAHABAT YANG KUKENANG ..KAU SENTIASA DI MATA.. KAU SENTIASA HADIR DIMINDA ...MOGA UKHWAH FILLAH ABADI DI HATI....AMIN.


Posted at 12:36 pm by aman06
Komen la kat sini..na!  

persembahan untuk sahabat17

BICARA BUAT TEMAN 2
lihatlah dan fahami lukisan hatiku wahai sayang...

Wahai sayang…!
sungguh aku menyayangi,
pabila aku amat menyayangi,
mengapa harus ada benci,
mengintip selalu di sisi hati.

Wahai kasih…!
sungguh aku mengasihi,
pabila aku amat mengasihi,
mengapa harus ada duri,
menusuk menikam hati,

Wahai cinta…!
sungguh aku menyintai,
pabila aku amat menyintai,
mengapa harus ada cemburu,
mengulit menyelimut kalbuku.

Wahai rasa…!
sungguh kau meruntun meronta,
membelit mengcekek akalnya,
ku jadi buta duniaku jadi gelita,
harapkan kau hulurkan cahaya.

Wahai hati…!
sungguh aku tidak mengerti,

pabila menyayangi dan mengasihi,
hadir pula rasa ingin dicintai,
mengapa aku harus membenci.

Wahai diri…!
mengapa kau harus mengikut rasa,
sedang akalmu adalah raja,
mengapa kau harus membencinya,
sedang dia insan yang amat kau cinta.

Wahai akal…!
serahkan dia pada Yang Esa,
kembalilah kau kepada kasih sayangNya,
tumpahkan cinta kepada Yang menciptanya,
semoga dia jua bisa menyintai Penciptanya.


amin ya rabbal alamin

Posted at 12:32 pm by aman06
Komen la kat sini..na!  

Monday, February 06, 2006
persembahan untuk sahabat 16

BERUNTUNGNYA JIKA KITA BERMAAFAN...

Wassalamu a'laikum wr wb
 
Saudaraku yang baik, suatu saat kita mungkin pernah mengalami perasaan tersinggung sehingga hati ini terluka dan merasa terhina, hal itu semua adalah sesuatu yang manusiawi, normal-normal saja.

Tetapi akan menjadi masalah jikalau kita larut dalam kebencian dan tenggelam dalam kedendaman, sehingga waktu kita habis hanya untuk mendramatisir sebuah masalah yang menimpa kita.

Oleh karena itu jangan sia-siakan hidup kita hanya dengan menjadi seorang pendengki dan pendendam, jadilah seorang yang pemaaf. Percayalah seorang pemaaf, Insya Allah hidupnya lebih ringan.

Bukankah kita ingin menikmati hidup ini? Saudaraku, kenikmatan hidup tidak akan dimiliki oleh orang yang hatinya diselimuti kebencian dan perasaan dendam. Memaafkan orang lain itu indah, sehingga  Insya Allah, kita akan merasa lapang, itulah derajat orang-orang yang mulia.

Wallahu a'lam bish showab.

Memaafkan Itu Indah
membuka cakrawala hikmah...


Posted at 06:51 pm by aman06
Komen la kat sini..na!  

Thursday, February 02, 2006
persembahan untukmu 15


PINTAKU PADAMU

Sayang...
di kejauhan ini pintaku,
Pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lalai dan alpa,
sering aku tergelincir,
ditolak disorong oleh nafsu,
dan kuncu-kuncunya...

Sayang...
di pinggiran ini pintaku,
Bimbinglah daku,
untuk menyelami kalimah ALLAH,
perdengarkanlah daku,
kalimah syahdu dari Tuhanmu,
agar menerangi hidupku...

Sayang ...
di kehadiran itu pintaku,
Tiupkanlah ruh jihad, 
ke dalam dadaku agar
aku menjadi hamba yang redha.
jangan aku keluh kesah,
hadapi dugaan dengan tabah.

Sayang...
di pertemuan itu serupa kataku,
Mengenalimu satu keindahan..
Bergurau denganmu satu kebahagiaan..
Menyakiti hatimu akan ku elakkan..
Satu permintaanku agar
perkenalan kita..terjalin selamanya..

Sayang...
indahnya bebunga pertemuan,
peritnya hirisan perpisahan, 
Secebis kasih membuatkan kita sayang..
Seucap janji membuatkan kita percaya..
Sekecil luka membuat kita kecewa..
Tetapi sejambak ukhwah selamanya bermakna


Wahai sayang....
Salam kasih sayang..salam rahmat Allah untukmu teman...sebaris terima kasih untukmu aku bentangkan...kerana terukirnya puisi ini..sungguh cantik lagi menawan....moga hadir lagi persefahaman...kerana ia mutiara kebahagiaan dalam persahabatan..amin

Wahai sayang....
abadi dan mewangi bicara ini selamanya...moga persahabatan kita tanpa bintik noda prasangka yang meracuni pepohon kasihmu dan kasihku..meskipun dalam manisan kata terselit racun yang berbisa...membunuh motivasi. Melukakan hati..tapi aku redha jua..apa2 yang diberi Allah aku terima. Sudah tentu terselit hikmah yang berharga di sebalik tirai redha.........siapalah aku untuk mempertikaikannya....
AMIN YA RABBAL ALAMIN....


Posted at 08:13 pm by aman06
Komen la kat sini..na!  

Wednesday, February 01, 2006
persembahan untuk sahabat 14

DALAM DOA AKU BERSAMA-MU


Dengan doa ...ku raih Rahim-Mu,
dengan doa ...ku rengkuh Rahman-Mu,
dengan doa ...ku peluk Kuasa-Mu,
dengan doa...ku genggam kelembutan-Mu,
dengan doa...ku merindu-Mu,
dengan doa...ku ikat batin hamba-Mu,
dengan doa...Kau berikan cinta makhluk-Mu,
dengan doa ...ku bertemu makhluk-Mu,
dengan doa...ku berpisah dengan makhluk-Mu,
dengan doa...ruhi bertamu di sisi makhluk-Mu,
dengan doa ...ruhi bersatu dalam Rahman-Mu,
dengan doa ...Kau utusi ukhwah suci itu,
dengan doa ...ku nikmati ketenangan-Mu,
dengan doa ...ku mohon limpahan takwa-Mu,
dengan doa...ku mohon di dalam rahmat-Mu
dengan doa ...ku pasrah dalam ketentuan-Mu
dengan doa...kami bertegur sapa dengan keizinan-Mu,
dengan doa...ku menggamitnya dalam redha-Mu,
dengan doa...dia memanggilku dengan kasih-Mu
hingga Engkau datang menjemputku
aku pergi dengan doa-doamu.
titipkan hati kami ...dalam keredhaan-Mu.
amin.

Posted at 01:09 am by aman06
Komen la kat sini..na!  

peersembahan untuk sahabat. 13


"INSFIRASI HATI"

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho...

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…

SALAM KASIH SAYANG DI ANGIN LALU
MOGA KAU TENANG DAN BAHAGIA SELALU

Sayang...
mengapa masih ada rindu yang tertinggal di sudut taman, mengapa masih ada resah mewangi di pinggir perjalanan sedang aku berusaha melupa...berusaha menutup mata dan menutup telinga.

SAYANG SEBENARNYA AKU TAK BISA MELUPA KAMU SELALU DI MATA, DI TELINGA DAN DI MINDAKU...NTAH MENGAPA YA???



Posted at 01:02 am by aman06
Komen la kat sini..na!  

Next Page